Monday, June 29, 2015

Proses Mencuci Sawang...

Assalamualaikum... terasa sangat lama tidak berblog... kekangan masa yang sangat menghimpit...

Namun... Alhamdulillah teknik Nabi Muhammad yang saya pelajari dulu masih saya amalkan... bezanya cuma belum direkod dan dikomentasikan...

2014 bermula lembaran baru dalam hidup saya apabila saya berpindah sekolah ke Perlis... saya ditempatkan di SMK Tengku Budriah... sekolah luar bandar yang murid-muridnya rata - rata adalah anak penoreh getah, petani dan golongan pertengahan...

Murid - murid disini masih belum terdedah kepada pembangunan... minda mereka masih cetek... dan pengalaman mereka hanya dalam lingkungan kehidupan seharian mereka sahaja...

Cabaran bertambah berat apabila di sini saya dipertanggungjawabkan menjadi Guru Disiplin... sangat bercangahan dengan Teknik Nabi Muhammad yang saya pelajari...

Dan cabaran sagi hebat apabila saya baru dilantik menjadi Ketua Guru Disiplin... tapi insyaAllah, dengan izin Allah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menerapkan teknik Nabi Muhammad ini dalam setiap kes yang saya hadapi, dalam kelas yang saya ajar dan dalam kehidupan seharian. Pada saya, tiada yang mustahil... InsyaAllah... mohon doakan saya...




Tuesday, July 9, 2013

Testimonial: ~Hakimi Pindah Duduk Di Meja Hadapan~


Ahad lepas saya menaikkan gambar ini di Facebook... saya tulis status dan tag 4 pelajar yang ada di dalam gambar ini...


hari isnin, sekolah bercuti peristiwa... dan apabila hari selasa... sesi persekolahan bermula... saya melihat Hakimi (salah seorang daripada mereka yang ada di dalam gambar) sudah duduk di meja hadapan dalam makmal... 

sungguh bangga waktu itu... saya merasakan pujian yang saya berikan sewaktu mereka menang pingat emas dalam acara sukan tempoh hari menaikkan motivasi Hakimi untuk duduk di hadapan...

dulu Hakimi selalu duduk di belakang... jarang beliau mahu berada di bahagian hadapan... beliau juga seorang yang introvert... seorang yang pasif dan jarang aktif di dalam kelas...

tetapi sesi pembelajaran semalam... saya melihat beliau melibatkan diri secara aktif... mahu menjawab apabila ditanya dan memberi respons dan tumpuan yang maksimum...

gambar agak kurang jelas... melawan pencahayaan... tapi wajah Hakimi (duduk paling hujung) nampak jelas...

sungguh... saya bangga...


Salam Ramadhan...

Ya Allah... kami bersyukur masih dipertemukan dengan ramadhan... kami memohon Ya Allah... andai ini adalah ramadhan terakhir kami... berikanlah kami kekuatan untuk mengutip sebanyak-sebanyak pahala yang ada di dalamnya...

berikanlah kami kekuatan untuk terus bersabar dan istiqamah dalam mengamalkan sunnah Rasulullah...

kurniakanlah kepada kami keberkatan dan pahala di atas setiap amalan kami walaupun sekecil zarah...

Sunday, June 16, 2013

Testimonial: Indahnya Bertudung

ini adalah gambar 2 bekas pelajar saya... (saya ambil dari FB mereka)... dulu mereka tidak bertudung, agak sosial tetapi Alhamdulillah, sekarang mereka berubah... berubah 360 darjah...

cikgu bangga... insyaAllah Fazira (kiri) dan Fadillah (kanan) akan berubah perlahan-lahan menjadi muslimah sejati... insyaAllah...

Saturday, June 15, 2013

Santai: Blog Berhabuk

Mohon maaf... ada sangat banyak update yang mahu diceritakan... namun kesibukan tugas memaksa saya hold update tersebut terlebih dahulu...

maaf... kesibukan pada komitmen kerja dan membiarkan blog ini "berhabuk"... insyaAllah, nanti bila Allah beri kelapangan saya akan update blog saya...


Tuesday, May 21, 2013

Testimonial: Wordless Wednesday

 ini adalah azim... salah seorang murid tingkatan 5 Tekun... murid ini dilatih oleh Puan Zulailah untuk menjadi Tukang Karut dalam persembahan dikir barat sempena Sambutan Hari Guru...

mereka sudah berlatih hampir seminggu, tetapi berlaku salah faham menyebabkan mereka berhenti berlatih... dan hanya berlatih bersungguh-sungguh selama cuma 3 jam (7.20 pagi hingga 9.00 pagi pada hari persembahan)

ayat Azim yang paling saya ingati adalah:
"cikgu, saya rasa macam nak balik sekarang juga cikgu..." kata beliau sambil mundar mandir keresahan...

ayat saya, Puan Zulailah dan Puan Aini:
"insyaAllah, cikgu yakin awak boleh lakukannya..."


ini adalah reaksi beliau pada permulaannya... dengan keyakinan yang sedikit nipis, beliau naik juga kepentas untuk menjaga air muka cikgu-cikgu... mereka berjaya membuat persembahan dengan cukup baik... 

dikir barat mereka berkisar tentang sebuah sekolah yang bernama SMK Gombak Setia yang anak-anak muridnya nakal-nakal berlaka, namun guru-gurunya sabar mendidik anak - anak murid mereka.

kebanyakan mereka adalah murid kelas corot (5 Tekun, 5 ilmu, 4 Ehsan dan 4 Ilmu)


selepas persembahan Azim sebagai Tukang Karut, Azim terus berlari ke tandas... sangat gemuruh sehingga begitu sekali.

tanggungjawab Tukang Karut diambil oleh Hafiz... saat Hafiz bangun untuk menjadi Tukang Karut, sekali lagi air mata saya jatuh... kenapa?

kerana saya pernah mengajar beliau sewaktu ditingkatan 4, dan beliau merupakan seorang pyang pendiam... memang tidak diduga sebenar yang beliau boleh memberi persembahan sebegini...

p/s: moral kepada kisah saya, jangan memandang rendah kepada murid corot, kerana kadang-kala mereka akan menggegarkan dan memberi kejutan kepada kita... jangan under "estimate" our students... kita sangka mereka corot, tapi sebenarnya mereka juga ada kelebihan yang diberikan, tanggungjawab kita sebagai guru lah untuk menggilap potensi mereka.

Thursday, May 16, 2013

Motivasi : Facing The Giant



hayatilah video ini... ia adalah caption daripada sebuah filem yang bertajuk Facing The Giant...

pengajaran yang boleh saya simpulkan:

potensi diri manusia, hanya akan kekal dalam diri jika tidak digilap, persoalannya, siapa yang akan menggilap potensi ini?

jawapannya... KITA... KITA YANG BERGELAR GURU...

hayatilah